Rabu, 28 Juli 2010

aku mungkin gadis yang tenang hati

aku mungkin gadis yang tenang hati
selalu aman walau ribut datang menghambat diri
tiada rajuk hebat dan kata maki
tapi aku juga ada batas marah di sini
yang cukup untuk buat kau menangis nanti
jadi adalah baik untuk kau jauhi
saat aku rasa sabarku hilang pergi


aku mungkin gadis yang tenang hati
tapi tak bermakna aku lupa rasa sakitnya hati
untuk itu sila kamu berhati-hati
dengan kata dan buat yang cukup membakar hati
supaya kau tak lalui rasa tak dapat lihat langit mana yang tinggi
atau nampak matahari esok pagi
dan boleh lagi pijak muka bumi


pergilah sembunyi
kerana aku ini gadis yang tenang hati

Tidak ada komentar:

Posting Komentar